Tuesday, July 21, 2026

TikTok, Snapchat tangani imej penderaan seks kanak-kanak AI

Mesti Baca

TIKTOK, Snapchat dan Stability AI menandatangani kenyataan bersama dan berikrar untuk bekerjasama menentang imej penderaan seks kanak-kanak yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI).

Britain mengumumkan kenyataan bersama itu yang turut menyenaraikan kerajaan Amerika Syarikat (AS), Jerman dan Australia antara 27 pihak berkerjasama pada satu acara semalam yang diadakan menjelang sidang kemuncak global, dihoskan oleh United Kingdom (UK) mengenai keselamatan AI minggu ini.

“Kami berazam untuk mengekalkan dialog dan inovasi teknikal dalam menangani penderaan seksual kanak-kanak pada zaman AI.

“Kami berazam untuk bekerjasama bagi memastikan kami menggunakan AI yang bertanggungjawab untuk menangani ancaman penderaan seksual kanak-kanak dan komited untuk terus bekerja secara kolaboratif bagi memastikan risiko yang ditimbulkan oleh AI menangani penderaan seksual kanak-kanak,” kata kenyataan itu.

Britain memetik data daripada Internet Watch Foundation menunjukkan, satu forum web gelap berkongsi hampir 3,000 imej AI yang menjana bahan penderaan seksual kanak-kanak.

“Sangat penting sekarang untuk kami menunjukkan contoh dan menghapuskan penyalahgunaan teknologi baru muncul ini sebelum ia mempunyai peluang untuk bercambah sepenuhnya,” kata Ketua Eksekutif IWF, Susie Hargreaves. -Agensi

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan