30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Skuad hoki digugurkan daripada program RTG – Hannah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PASUKAN hoki lelaki kebangsaan digugurkan daripada program Road to Gold (RTG) susulan prestasi hambar yang dipamerkan pada temasya Sukan Asia 2022 Hangzhou, China baru-baru ini.

Keputusan tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa RTG yang dipengerusikan bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Heoh dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

Hannah berkata, skuad hoki negara gagal memenangi pingat emas Sukan Asia 2022 yang merupakan tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024 dan mereka kini turun ke ranking ke-12 dunia.

“Jawatankuasa RTG bersetuju untuk memasukkan semula pasukan hoki lelaki ke dalam program sekiranya mereka layak ke Sukan Olimpik Paris pada kelayakan Olimpik seterusnya iaitu di Muscat, Oman pada 15 hingga 21 Januari depan.

“Atau mereka boleh melakukan ketika di Valencia, Sepanyol yang akan berlangsung pada 13 hingga 21 Januari tahun depan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Sementara itu, Hannah berkata, jawatankuasa RTG juga memutuskan untuk mengeluarkan pasangan beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing serta Goh Soon Huat-Shevon Lai daripada program itu.

Katanya, prestasi Kian Meng-Pei Jing sejak kelayakan Olimpik bermula Mei lalu menyaksikan mereka jatuh ke ranking 23 senarai kelayakan Olimpik.

“Soon Huat-Shevon pula, mereka telah jatuh ke posisi 17 pada senarai kelayakan Olimpik yang sama.

“Sekiranya kedua pasangan ini menjadi beregu terbaik negara dalam kelompok lapan teratas atau layak sebagai pasangan beregu negara dengan kedudukan tertinggi dalam 16 teratas ranking Race To Paris, jawatankuasa akan menyemak keputusan semula mengenai kemasukan mereka,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan