25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024

KBS jumpa MOM selesai kemelut dengan Pesuruhjaya Sukan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) telah mengaturkan satu pertemuan dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi menyelesaikan kemelut yang melanda antara badan itu dengan pesuruhjaya sukan, Suhardi Alias.

Pesuruhjaya Sukan berkata, pihaknya menyatakan kekesalan atas kenyataan-kenyataan susulan yang telah dikeluarkan berikutan isu salah faham dengan MOM yang berlaku baru-baru ini.

“Justeru, satu perjumpaan akan diaturkan antara KBS dan MOM dalam jangka masa terdekat untuk menjelaskan konteks sebenar perkara ini.

“KBS yakin bahawa dengan sesi perjumpaan ini, semua pihak akan mendapat pencerahan dan salah faham ini dapat diselesaikan secara baik,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Advertisements

Terdahulu, pesuruhjaya sukan, Suhardi Alias didakwa mengugut untuk membatalkan pendaftaran MOM sehingga menimbulkan rasa kurang senang beberapa pemimpin persatuan sukan kebangsaan.

Situasi bertambah panas apabila Presiden MOM yang juga Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Norza Zakaria membidas tindakan itu.

Konflik mencapai kemuncak semalam apabila Setiausaha Agung MOM, Datuk Nazifuddin Najib mengeluarkan kenyataan yang menuntut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh agar campur tangan memandangkan Suhardi enggan memohon maaf. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Mitsubishi Electric: Paulo Josue selamatkan ‘maruah’

PEMAIN naturalisasi, Paulo Josue menjadi penyelamat maruah skuad Harimau Malaya apabila dua jaringannya di separuh masa kedua berjaya membawa...

Lagi Artikel Berkaitan