25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Aniq Kasdan atlet terbaharu disenarai dalam program RTG

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PRESTASI cemerlang yang dipamerkan atlet angkat berat, Mohamad Aniq Kasdan termasuk meraih pingat gangsa pada Kejohanan Dunia di Riyadh, Arab Saudi, bulan lalu melayakkannya disenarai dalam program Road To Gold (RTG).

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, atlet muda berusia 21 tahun itu merupakan atlet tunggal yang dimasukkan dalam program berkenaan.

“Mohamad Aniq kini berada di kedudukan ke-10 dalam ranking Olimpik yang merupakan sebahagian daripada kriteria RTG dan hanya berusia 21 tahun pada masa ini.

“Dengan sokongan yang betul, Aniq mempunyai potensi besar untuk meningkatkan prestasi angkatan terbaik iaitu 291 kilogram (kg) kurang 3kg dengan pencapaian pemenang pingat gangsa Olimpik 2020 iaitu 294 kg,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa RTG bersama Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria hari ini.

Advertisements

Sementara itu, Hannah berkata, penerjun kebangsaan Bertrand Rhodict Lises
Bertrand akan menerima kenaikan elaunnya selepas menang pingat Gangsa di Sukan Asia dan juga layak menerima elaun tambahan melalui Skim Insentif Sukan Olimpik (SISO).

“Memandangkan umurnya masih muda iaitu 18 tahun dan potensi yang telah ditunjukkannya, Majlis Sukan Negara (MSN) akan bekerjasama rapat dengan pasukan penerjun untuk meneliti program khusus untuk Bertrand dan akan dipertimbangkan untuk RTG dalam masa yang ditetapkan.

Bagi penembak negara yang layak ke Sukan Olimpik Paris, Johnathan Wong juga akan menerima elaun SISO tambahan daripada MSN sehingga Sukan Olimpik Paris.

“Beliau akan terus menerima sokongan penuh daripada MSN dan ISN di bawah Program Podium.

“Walaupun atlet ini tidak termasuk dalam Program RTG buat masa ini, MSN akan memastikan mereka mendapat sokongan penuh melalui Program Podium sehingga Sukan Olimpik tahun depan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan