31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Mawi meriahkan Malam Cinta Rasul dan Muzikal Dakwah di USIM

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

ARTIS terkenal tanah air, Mawi antara selebriti yang memeriahkan Malam Cinta Rasul dan Muzikal Dakwah 2023 yang berlangsung di Pusat Komersil Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan baru-baru.

Majlis anjuran Media Home Communication (MHC) dengan kerjasama USIM itu turut menampilkan Ustaz Tiga Beradik iaitu Ihsan, Hariri dan Zarifi Daud, Soutul Muazzin serta pendakwah terkenal, Ustaz Naim Saadon dan diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul.

Pengerusi MHC, Shahir Adnan berkata, program tersebut akan menjadi pencetus rasa cinta dan kasih kita kepada Nabi Muhammad SAW sepanjang masa.

“Di saat kita berada dalam majlis yang penuh barakah ini dan turut mengingatkan kepada para hadirin yang hadir untuk bersama-sama bersolidariti di atas kekejaman Israel terhadap saudara kita di bumi Palestin,” katanya.

Malam Cinta Rasul dan Muzikal Dakwah 2023 itu dihadiri kira-kira 600 warga USIM terdiri daripada para pelajar, tenaga pengajar dan kakitangan universiti berkenaan.

Advertisements

Beliau turut menyeru seluruh umat Islam mendoakan nasib rakyat Palestin di Gaza serta berharap program sedemikian terus diadakan di USIM pada masa akan datang.

Ustaz Naim dalam tazkirahnya berkata, umat Islam yang ikhlas mentaati serta mencintai Allah dan Rasul akan mendapat keseronokan dalam melakukan ibadah.

“Jadi, jagalah perkara-perkara fardu dan memperbanyakkan amalan sunnah serta sentiasa mengingati Rasulullah dengan berselawat keatasnya nabi junjungan kita,” ujarnya.

Para pengunjung turut disajikan dengan alunan selawat dan qasidah, persembahan nasyid oleh Ustaz Tiga Beradik serta persembahan lagu-lagu dakwah oleh Mawi. – Siti Zuraini Norizam/Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan