25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

KBS salur RM100,000 perkasa gimnastik di Terengganu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) bersetuju menyalurkan bantuan sebanyak RM100,000 kepada Persatuan Gimnastik Negeri Terengganu (PGNT) bagi memperkasa sukan gimnastik di Terengganu.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, dana tersebut disalurkan melalui Majlis Sukan Negara (MSN) bagi menambah baik peralatan sedia ada, membangun dan mengembangkan sukan gimnastik di negeri itu.

“MSN juga akan menempatkan Jurulatih Gimnastik Wanita di Dewan Gimnastik Bukit Payung Terengganu bagi membolehkan lebih ramai gimnas wanita dapat dikenal pasti dan diberikan latihan harian yang lebih sistematik.

“Ini bagi memastikan wanita yang berminat berkecimpung dalam sukan gimnastik diberi peluang mendapatkan latihan dan pendedahan yang sewajarnya tanpa sebarang sekatan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan selepas mengadakan mesyuarat bersama PGNT pada Khamis lalu.

Turut hadir Presiden PGNT, Abdul Razak Mat Amin.

Advertisements

Hannah berkata, mesyuarat itu membincangkan isu gimnas wanita Terengganu yang dilarang menyertai Sukan Malaysia disebabkan garis panduan pakaian sukan yang ditetapkan bercanggah dengan garis panduan pakaian sukan yang lain seperti olahraga dan berbasikal.

Katanya, pada masa ini, gimnas wanita Terengganu memakai unitard penuh badan.

“Peraturan Persatuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) membenarkan pemakaian yang menutup anggota tubuh badan kecuali tapak tangan dan tapak kaki.

“Pakaian unitard ini telah dipakai ramai gimnas termasuk pasukan gimnas Jerman di Sukan Olimpik Tokyo.

“Malah bekas gimnas negara, Izzah Amzan juga telah memakai unitard semasa Sukan SEA Vietnam dan Sukan Komanwel Birmingham dan telah memenangi pingat untuk negara,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan