25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024

Malaysia-Sri Lanka setuju erat kerjasama

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA dan Sri Lanka bersetuju untuk mengeratkan kerjasama dalam pelbagai bidang yang menjadi kepentingan bersama.

Antaranya termasuk pertukaran lawatan di peringkat tertinggi, sektor perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pelancongan dan budaya serta pembangunan sumber manusia.

Persetujuan itu dibuat ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Presiden Sri Lanka, TYT Ranil Wickremesinghe.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata, beliau mengakhiri program hari pertama di New York dengan mengadakan pertemuan dengan Presiden Sri Lanka, TYT Ranil Wickremesinghe.

“Dalam pertemuan ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengeratkan kerjasama dalam pelbagai bidang yang menjadi kepentingan bersama antaranya termasuk pertukaran lawatan di peringkat tertinggi, sektor perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pelancongan dan budaya serta pembangunan sumber manusia.

Advertisements

“Pertemuan ini juga memberi peluang kepada kedua-dua negara untuk meneroka bidang kerjasama baharu dalam usaha mengukuhkan kerjasama sedia ada,”katanya yang juga Menteri Kewangan.

Menjadi harapan Perdana Menteri agar kerjasama tersebut memberi manfaat kepada rakyat.

“Semoga kerjasama yang terjalin ini dapat membawa manfaat buat rakyat Malaysia dan Sri Lanka,” katanya.

Anwar kini berada di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.

Selain Wickremesinghe, Anwar juga mengadakan pertemuan dengan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Iran Seyed Ebrahim Raisi pada hari pertamanya di bandar raya itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Bike Week’ Team Selangor bina semangat patriotisme

TEAM Selangor telah menganjurkan program ‘Bike Week’ dalam usaha membina semangat patriotisme sempena bulan Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari...

Lagi Artikel Berkaitan