27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Tanah mendap LPT1: Laluan dibuka semula

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

LALUAN di kilometer (KM) 118.2 sehingga KM117.8 arah barat Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) yang ditutup akibat kejadian tanah mendap pada 10 September lalu akan dibuka selewat-lewatnya pada pukul 6 petang ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerja-kerja baik pulih telah selesai dilakukan dan laluan tersebut turut disahkan selamat kepada pengguna jalan raya.

“Kemajuan kerja pembaikan bergerak pantas dan telah disahkan selamat. Laluan ini akan dibuka kepada semua kenderaan selewat-lewatnya pada pukul 6 petang ini.

“Saya telah mengarahkan tindakan jangka masa panjang turut diambil bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi catatan di Facebook selepas meninjau sendiri perkembangan kerja pembaikan di lokasi berkenaan hari ini.

Advertisements

Laluan tersebut pada 10 September lalu mengalami rekahan di permukaan jalan dipercayai berpunca dari runtuhan cerun tambak di kawasan kerja-kerja tebatan banjir.

Dalam perkembangan berkaitan, Nanta Linggi berkata, Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengenal pasti 12 jalan raya persekutuan di Pahang yang terkesan akibat Monsun Timur Laut.

Katanya, ia melibatkan kos kerja pembaikan berjumlah RM38 juta diperuntukkan.

“Daripada jumlah ini, tiga jalan raya sudah siap manakala selebihnya sudah mencapai 70 peratus pembinaan.

“Untuk rekod, KKR telah meluluskan kerja berkala pavemen untuk Pahang sebanyak RM180 juta dan kerja berkala bukan pavemen sebanyak RM23 juta bagi 2023,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan