32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Pemandu treler direman empat hari

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMANDU treler yang terbabit dalam insiden rempuhan lebih sedozen kenderaan di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong, di sini, semalam direman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 29 tahun itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin yang membenarkan permohonan polis untuk siasatan kes tersebut di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada 10.15 pagi itu, yang melibatkan 14 kenderaan termasuk sebuah motosikal polis trafik, lori treler berkenaan melanggar barisan kenderaan yang sedang berhenti di laluan terbabit menyebabkan dua penunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian.

Advertisements

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner, A. Asmadi Abdul Aziz semalam berkata, dua mangsa yang maut itu dikenal pasti sebagai Faris Haziq Abu Bakar, 25, yang merupakan pekerja Pos Malaysia dan Yuswar Mohd Uyus, 39, pekerja di Mahkamah Ampang.

A. Asmadi semalam turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau bukti kemalangan tersebut agar membantu siasatan polis mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, pemandu treler itu tidak mempunyai rekod kesalahan trafik dan ujian air kencing yang dilakukan terhadapnya didapati negatif. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan