32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Pahang isytihar 18 STR bagi generasi baharu Felda

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Pahang mengisytiharkan sebanyak 18 kawasan Skim Tanah Rakyat (STR) generasi baharu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di negeri tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, persetujuan itu dicapai dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang bersidang, semalam.

Melalui skim ini katanya, generasi baharu Felda akan berpeluang untuk membina rumah kediaman mereka di atas tanah yang akan diberi milik oleh Kerajaan Negeri.

“Bagi infrastruktur khususnya akses ke setiap lot akan disediakan oleh pihak Felda sendiri.

Advertisements

“18 kawasan STR generasi baharu Felda Pahang adalah melibatkan 10 kawasan di wilayah Mempaga, Jengka (4 kawasan) dan Kuantan (4 kawasan),” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata, proses pemberi milikan tanah itu akan diuruskan secara berperingkat berdasarkan permohonan yang dikemukakan kepada Felda.

“Saya berharap, pelaksanaan STR generasi baharu Felda Pahang ini membolehkan generasi baharu di negeri ini memiliki kediaman yang selesa.

“Selain itu, ia beserta kemudahan infrastruktur yang mencukupi bagi menjalani kehidupan yang sejahtera bersama keluarga,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

CTOS sumbang RM30,000 biayai pelajar kurang bernasib baik

CTOS Digital Berhad telah menyumbang sebanyak RM30,000 untuk dana biasiswa bagi pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Permai, Ampang, Selangor...

Lagi Artikel Berkaitan