27 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 21, 2025

Malaysia kukuh hubungan dua hala dengan Iran dalam ekonomi, pendidikan

Dalam masa sama, Malaysia juga berminat untuk menerokai potensi kerjasama baharu dengan negara tersebut

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA berhasrat untuk memperkukuhkan hubungan dua hala dengan Iran melalui kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan, keterjaminan makanan, sains dan teknologi.

Dalam masa sama, Malaysia juga berminat untuk menerokai potensi kerjasama baharu dengan negara tersebut.

Hasrat itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi pertemuan yang diadakan dengan Presiden Iran, TYT Seyed Ebrahim Raisi.

Turut hadir pada pertemuan tersebut, Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, beberapa Ahli Parlimen serta pegawai kanan kerajaan.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, beliau berkesempatan mengadakan pertemuan dengan Presiden Iran, TYT Seyed Ebrahim Raisi.

Advertisements

“Dalam pertemuan ini saya nyatakan hasrat Malaysia untuk memperkukuh hubungan dua hala dengan Iran melalui kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan, keterjaminan makanan, sains dan teknologi serta menerokai potensi kerjasama baharu.

Pada masa sama, Anwar berkata, Malaysia juga mengulangi komitmen untuk mengadakan mesyuarat suruhanjaya bersama (JCM) dan mesyuarat suruhanjaya ekonomi (JEC) antara dua negara bagi menghalusi semua potensi skop kerjasama.

“Semoga hubungan Malaysia dan Iran akan terus diperkukuh demi manfaat bersama, Insya-Allah,”katanya.

Anwar kini berada di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

JKM sahkan mangsa pukul di Kemaman pemegang kad OKU

JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesahkan lelaki yang dipukul beramai-ramai di Pasar Tani Padang Astaka, Kemaman, Terengganu pada 17 Januari...

Lagi Artikel Berkaitan