30.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 29, 2023

Malaysia sedia beli peralatan ketenteraan daripada Turkiye – Anwar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA telah menyatakan kesediaannya untuk membeli peralatan ketenteraan dari Turkiye, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, sebelum ini ada peralatan ketenteraan yang telah dibeli daripada Korea Selatan, dan menurutnya peralatan sesuai yang hendak dibeli dari Turkiye ini akan diputuskan oleh Majlis Angkatan Tentera Malaysia.

“Kita mungkin lihat dron dan helikopter…lihat pengkhususan dan kepakaran Turkiye. Namun saya serahkan pada pihak tentera, mana yang terbaik,” kata Perdana Menteri selepas pertemuan dua hala dengan Presiden Turkiye ,Recep Tayyip Erdogan di Turkish House, di sini pada Khamis.

Katanya, terserah kepada Kementerian Pertahanan untuk berunding dengan Kementerian Kewangan dan kerajaan terbabit dalam pembelian peralatan ketenteraan itu.

“Dasar saya ialah seperti yang saya katakan kepada Ketua Turus Bersama (Joint Chief of Staff), kita tidak mahu sebarang campur tangan mengenai apa yang perlu diperoleh, apa yang perlu dibeli,” katanya.

Pada masa yang sama, Anwar berkata, Erdogan juga telah menyatakan persetujuan beliau untuk melawat Malaysia pada bulan Disember depan.

Anwar kini berada di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Australia haram import vape

AUSTRALIA bakal mengharamkan pengimportan vape pakai buang bermula 1 Januari 2024, menurut kerajaan dalam tindakan yang disambut baik oleh doktor. Menteri Kesihatan...

Lagi Artikel Berkaitan