33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Onana kena ‘sumpahan De Gea’, hadiahkan Bayern kemenangan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

IBARAT terkena ‘sumpahan’ bekas penjaga gol Manchester United, David De Gea, benteng terakhir baharu Red Devils, Andre Onana melepaskan gol mudah ketika tewas 4-3 kepada Bayern Munich di Allianz Arena, awal pagi tadi.

Onana dibawa masuk Erik ten Hag bagi menggantikan De Gea yang kerap melakukan kesilapan mudah, namun harapan tinggi yang diletakkan di bahu penjaga gol kebangsaan Cameroon itu ternyata terlalu berat untuk dipikul.

Ini dapat dilihat apabila Onana gagal menepis atau menangkap percubaan Leroy Sane pada minit ke-28 sekali gus memberikan Bayern gol pendahuluan dalam aksi pembukaan Liga Juara Juara Eropah (UCL).

Penjaga gol United itu sepatutnya melakukan dengan lebih baik bagi menghalang jaringan tersebut.

Serge Gnabry menggandakan jaringan buat kelab Bavaria itu selepas menyempurnakan hantaran Jamal Musiala di depan gawang untuk menjadikan kedudukan 2-0.

United bagaimanapun bangkit merapatkan kedudukan menerusi rekrut baharu, Rasmus Højlund apabila rembatannya terkena kaki pertahanan Bayern ketika Sven Ulreich hanya mampu memerhatikan sahaja.

Advertisements

Bayern dihadiahkan sepakan penalti apabila tandukan Dayot Upamecano terkena tangan Christian Eriksen.

Kapten England, Harry Kane yang ditugaskan mengambil sepakan tidak mempunyai masalah menewaskan Onana untuk membuka jurang kepada dua gol.

Casemiro merapatkan kembali jaringan pada minit ke-88 apabila bijak mencuri bola di dalam kawasan penalti sebelum menolak masuk gol kedua United.

Impian anak buah ten Hag untuk menyamakan kedudukan kian pudar apabila Bayern memperoleh gol keempat menerusi jaringan penyerang muda, Mathys Tel pada minit kedua waktu kecederaan.

United bagaimanapun berjaya memperoleh gol ketiga menerusi tandukan Casemiro pada minit akhir perlawanan hasil daripada sepakan percuma Bruno Fernandes. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Ramasamy, Fadhil amal kempen menyesatkan – Puad Zarkashi

PRESIDEN Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P. Ramasamy dan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhil Shaari dianggap mengamalkan kempen...

Lagi Artikel Berkaitan