30.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 29, 2023

Anwar temu Erdogan di New York bincang Islamophobia

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Preside Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan sejurus tiba di New York, Amerika Syarikat (AS) bagi membincangkan isu Islamophobia.

Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata, Malaysia dan Turkiye sepakat untuk menggandakan usaha bagi membendung sentimen Islamophobia yang semakin menggila.

“Kami senada bahawa usaha memberi penjelasan perlu dipergiat. Sekiranya, isu mengenai Islam ini tiada jalan kesudahan maka natijahnya amat teruk untuk masa hadapan khususnya generasi akan datang,” katanya.

Perdana Menteri berkata, antara perkara lain yang turut dibincangkan semasa pertemuan adalah keperluan untuk meningkatkan kerjasama dua hala terkait bidang pelaburan dan perdagangan.

Antaranya kata beliau, melibatkan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi membesarkan terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gökçen (ISG) dan kerjasama ekosistem pertahanan antara kedua-dua negara.

“Di akhir pertemuan, saya sekali lagi menjemput Erdogan untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia sebelum hujung tahun ini.

“Besar harapan saya agar hubungan dua hala dan jalinan kerjasama Malaysia dan Turkiye yang telah sekian lama terjalin akan kekal utuh dalam semangat persahabatan yang mampu membawa manfaat kepada kedua-dua negara,” katanya. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Kumpulan nasyid Aeydan enggan dibayangi Rabbani

MENYEDARI mereka dilahirkan sebagai anak-anak Rabbani, ramai beranggapan kumpulan nasyid Aeydan bakal menyambung legasi kumpulan itu. Namun begitu, ia membuatkan...

Lagi Artikel Berkaitan