26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

The Pocket Rocketman tarik diri dari Sukan Asia

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Mohd. Azizulhasni Awang terpaksa menarik diri daripada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 yang akan bermula Sabtu ini.

Azizulhasni atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocketman berkata, keputusan berat itu terpaksa diambil kerana kecederaan yang dialaminya susulan terjatuh ketika menjalani latihan di Veledrom Nasional, Nilai, Jumaat lalu.

Katanya, ia juga hasil perbincangan bersama jurulatih, John Beasley, Dr. Kamarul Hashimy Hussein dan Dr. Farrah Hani Imran bagi mengelakkan kecederaan bertambah teruk.

“Banyak kemungkinan kalau saya buat keputusan pergi dengan keadaan yang belum pulih kesakitan ini boleh memburukkan lagi keadaan dan memanjangkan kecederaan.

Advertisements

“Fokus utama kita Sukan Olimpik Paris, yang hanya berbaki 322 hari sahaja lagi. Saya juga ingin mohon maaf untuk kontinjen kita dan juga seluruh rakyat Malaysia, fokus sekarang adalah untuk pulih secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, semalam. 

Azizulhasni pada Sabtu lalu berkongsi video insiden beliau terjatuh ketika menjalani latihan pecut mengejar motosikal pada kelajuan sekitar 90 kilometer sejam di Veledrom Kebangsaan.

Insiden yang menimpa atlet berusia 35 tahun itu mengejutkan ramai pihak kerana beliau merupakan sandaran emas negara di Sukan Asia Hangzou. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan