24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Zahid dilepas tanpa dibebaskan daripada 47 pertuduhan

Mesti Baca

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan untuk melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi daripada semua 47 pertuduhan yang dihadapinya,

Ini melibatkan pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd. Dusuki Mokhtar untuk melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid.

Katanya, apabila pihak pendakwaan memutuskan untuk berhenti, ini kerana mereka berhasrat menyiasat kes itu dengan lebih mendalam.

Advertisements

“Mahkamah ini membuat keputusan untuk melepaskan tanpa membebaskan. Sebelum saya tangguhkan, saya ingin menyatakan di sini bahawa, apa sekalipun kuasa Peguam Negara di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 254 Kanun Acara Jenayah untuk memulakan dan menarik balik pertuduhan pada bila-bila masa sebelum penghakiman dibuat, tidak boleh dipersoalkan.

“Andainya pihak pendakwaan memutuskan dalam masa terdekat bahawa mereka tidak akan meneruskan pendakwaan, bahawa banyak masa kehakiman yang barharga akan terbuang di samping membazirkan banyak wang pembayar cukai dan dengan ini, mahkamah ditangguhkan,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dibicarakan atas 47 pertuduhan iaitu lapan tuduhan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan kes itu kini di peringkat pembelaan. Pihak pembelaan setakat ini telah memanggil 15 saksi termasuk Ahmad Zahid untuk memberi keterangan. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan