32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Lady of Leisure perkenal koleksi Cinta

Mesti Baca

LADY of Leisure, sebuah jenama fesyen mewah terbaharu yang meraikan kecantikan dan kuasa wanita mengumumkan pelancaran koleksi pertamanya, Cinta.

Koleksi ini diinspirasikan oleh makna perkataan ‘cinta’ bagi mencerminkan falsafah jenama ini dalam mereka pakaian yang membangkitkan perasaan dan mengilhami wanita agar menzahirkan keunikan mereka.

Menampilkan pelbagai fabrik mewah rekaan yang terjalin indah, kesemuanya buatan tangan di Malaysia.

Pengasasnya, Dada Herzog Al-Attas berkata, dia ingin menampilkan koleksi yang dapat merakamkan intipati cinta dalam pelbagai bentuk.

“Koleksi Cinta ini adalah perjalanan melalui pelbagai peringkat percintaan, dari permulaan percikan bibit-bibit cinta sehinggalah kepada ikatan kasih sayang yang mendalam dan abadi, yang menopang sesebuah hubungan.

“Perjalanan saya sepanjang mereka koleksi Cinta ini adalah bukti air tangan penuh cinta, menghasilkan pelbagai pakaian yang bukan sahaja meraikan pelbagai peringkat percintaan tetapi juga mencerminkan perkembangan peribadi dan rasa saya terhadap warisan budaya,” katanya.

Selain ilham yang diperoleh daripada pengalaman peribadi, nenek Dada juga antara figura yang memberikan impak besar dalam membentuk nilai dan perspektif dirinya.

Dada mengganggap neneknya sebagai wanita hebat dan luar biasa yang menjadi inspirasi untuk rekaan dalam koleksi Cinta ini.

Advertisements

“Setiap helai pakaian dihasilkan dengan penuh teliti, mencerminkan keanggunan dan kesantunan yang dicontohinya.

“Kekuatan yang dimiliki nenek terutama kebaikannya diterjemahkan melalui koleksi ini,” katanya lagi.

Pakaian yang melambangkan belas ihsan, empati, dan kasih sayang meniadi pelengkap kepada semua rekaannya.

Tujuannya adalah untuk mencipta aksesori yang menggabungkan kuasa cinta dan mengingatkan pemakainya tentang kepentingan kebaikan dan kemesraan dalam interaksi sesama manusia.

Selain itu, ajaran nenek tentang pentingnya berpakaian molek dan sayang akan diri sendiri menjadi hala tuju koleksi Cinta ini.

Koleksi ini turut dibahagikan kepada tiga bab iaitu Passion, Intimacy dan Devotion.

Setiap rekaan dalam koleksi Cinta ini direka untuk membina ikatan yang mendalam dan memupuk penghargaan yang lebih besar terhadap sejarah peribadi seseorang dan cinta yang membentuk kehidupan kita. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan