33.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Pengundi Pulai harus tolak pihak yang galakkan kebencian – PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa para pengundi di Parlimen Pulai agar menolak pihak-pihak yang menggalakkan politik kebencian yang melampau.

Menurut beliau, rakyat juga dinasihat menolak golongan yang mempermainkan hukum agama demi nafsu dan tembolok politik mereka semata-mat.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, Kerajaan Perpaduan akan terus mentadbir negara berteraskan Ekonomi MADANI bagi menjaga kebajikan rakyat.

“Kami juga serius dalam memastikan semua kaum di negara ini dibela.

“Sehubungan dengan itu, saya menggesa rakyat Pulai untuk terus berikan mandat kepada Harapan dan Perpaduan menerusi saudara Suhaizan Kayat sekali gus dapat meneruskan legasi rahmah arwah Salahuddin Ayub,” katanya pada Jelajah Perpaduan MADANI di Pulai malam tadi.

Anwar Ibrahim menerima sambutan daripada para penyokong di Pulai, Johor.

Sementara itu, dalam Ceramah Mega Perpaduan MADANI di Simpang Jeram, Johor, Anwar turut mempercayai calon Harapan saudara Nazri Abdul Rahman mampu galas amanah dan tanggungjawab meneruskan legasi dan kerja baik arwah Salahuddin Ayub.

“Saya merayu kepada para pengundi di DUN ini untuk berikan mandat kepada calon Harapan dan Perpaduan,”katanya.

Advertisements

Dalam pada itu, beliau tegaskan bahawa hanya gabungan perpaduan mampu pertahankan hak semua kaum di negara ini khususnya di Johor.

Katanya, Kerajaan Perpaduan ternyata punyai dasar dan agenda yang jelas dan pelbagai untuk rakyat keseluruhan antaranya Ekonomi MADANI.

“Justeru rakyat di kawasan ini harus sokong gabungan perpaduan bagi membolehkan peneruskan khidmat bakti terbaik buat mereka,”katanya.

Kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram masing-masing menyaksikan saingan tiga penjuru.

Di Pulai, PH meletakkan ‘orang kepercayaan’ Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub iaitu Suhaizan Kayat untuk mempertahan kerusi berkenaan yang dimenangi Allahyarham dengan majoriti 20,989 undi selepas menewaskan calon BN, Datuk Nur Jazlan Mohamed dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sementara di kerusi Simpang Jeram, perebutan melibatkan calon PH iaitu Timbalan Ketua Amanah kawasan Bakri, Nazri Abdul Rahman; calon PN, Dr Mohd Mazri Yahya yang juga pakar perunding vaskular dan pakar bedah endovaskular; serta calon Bebas, S Jeganathan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan