25.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 27, 2023

SN Anwar Ridhwan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP baharu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SASTERAWAN Negara ke-10, Datuk Dr. Anwar Ridhwan dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang baharu berkuat kuasa 1 Ogos lalu.

DBP menerusi kenyataan berkata, Anwar dilantik bagi menggantikan Datuk Seri Prof. Dr. Awang Sariyan yang menamatkan kontrak perkhidmatannya pada 22 Mei lalu.

Katanya, penyerahan surat lantikan diserahkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek kepada Anwar di Kementerian Pendidikan (KPM) yang turut dihadiri Ketua Pengarah DBP, Dr. Hazami Jahari.

“Anwar Ridhwan dilahirkan pada 5 Ogos 1949 di Sungai Besar, Selangor. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Besar dan seterusya di Sekolah Ungku Aziz dan Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur.

“Beliau merupakan pemegang Ijazah Doktor Falsafah Sastera dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana serta Sarjana Muda Sastera dari universiti yang sama,” katanya hari ini.

Anwar mula berkhidmat di DBP pada Mei 1973 sebagai pegawai penyelidik dan menjawat beberapa jawatan penting lain seperti anggota sidang pengarang majalah Dewan Bahasa, Dewan Sastera dan Dewan Budaya.

Selain itu, beliau turut menjadi Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera; pemangku timbalan ketua pengarah dan bersara sebagai Pengarah di Jabatan Penerbitan DBP.

Menurut DBP, Anwar dianggap sebagai sasterawan yang prolifik, berbakat besar dan berjaya dalam penulisan cerpen, novel, puisi dan skip drama pentas.

Katanya, beliau telah beberapa kali memenangi Hadiah Karya Sastera Malaysia melalui cerpennya seperti Perjalanan Terakhir (1971), Dunia Adalah Sebuah Apartmen (1973) dan Sesudah Perang (1976).

“Pada 2002, Anwar terpilih sebagai penerima Anugerah SEA Write mewakili negara Malaysia di Bangkok. Sehingga kini, karya-karya beliau telah diterjemahkan kepada lebih daripada 15 bahasa dunia,” jelasnya.

DBP berkata, Anwar juga pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Institut Terjemahan dan Buku Malaysia mulai 2011 hingga 2016 sebelum dianugerahkan Anugerah Sasterawan Negara ke-10 pada 2009. – Edisi 9

Terkini

Nafi sos cili peket dicaj, McDonald’s buat laporan polis

MCDONALD’S Malaysia membuat laporan polis berhubung dakwaan pekerjanya mengenakan caj sos cili peket kepada pelanggan sepertimana tular baru-baru ini. McDonald’s Malaysia berkata,...

Lagi Artikel Berkaitan