27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Zahid ucap terima kasih seluruh jentera BN-PH, harap kemenangan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera BN dan Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

“Jutaan terima kasih buat seluruh jentera Barisan Nasional dan Pakatan Harapan yang telah bekerja keras menjayakan kempen dan berusaha sebaiknya untuk memenangkan calon-calon kita.

“Kita telah berusaha sedaya mampu, semoga Allah SWT menganugerahkan kemenangan dan kejayaan kepada kita pada PRN di enam negeri ini,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Advertisements

Beliau turut berkata, segala apa keputusan yang diperoleh malam ini perlu diterima dan menjadikan semangat untuk memberi khidmat lebih baik.

“Apa jua keputusan yang diperoleh malam ini, kita telah mencuba yang terbaik.

“Kita jadikan ia semangat untuk memberikan khidmat yang lebih baik untuk rakyat dan negara,”ujar Presiden UMNO itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kardinal lancar koleksi vape edisi Lumina kurang nikotin

JENAMA rokok elektronik atau vape, Kardinal tampil memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu Lumina. Lumina didatangkan ekslusif dalam edisi Raya Discovery Pack Untuk Lumina yang...

Lagi Artikel Berkaitan