24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Pusat mengundi ditutup, proses kira undi bermula

Mesti Baca

KESEMUA 3,190 pusat mengundi bagi pilihan raya di enam negeri dan 41 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang dibuka sejak jam 8 pagi Isnin ditutup pada jam 6 petang ini.

Bergantung kepada kedudukan kawasan pusat mengundi, beberapa pusat pengundian mula ditutup secara berperingkat seawal jam 1 tengah hari sebelum pengundian berakhir pada 6 petang.

Sejurus selepas pusat pengundian ditutup, kesemua peti undi dibawa ke 186 pusat penjumlahan rasmi undi dan keputusan rasmi akan diumum oleh Suruhanjaya Pilihan Raya malam ini.

Sebanyak 9,674,456 pengundi biasa daripada 9,773,571 pemilih berdaftar layak untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya enam negeri hari ini yang menyaksikan 570 calon bertanding merebut 245 kerusi Dewan Uundangan Negeri (DUN).

Advertisements

DUN Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi, Selangor (56), Negeri Sembilan (36), Kedah (36), Terengganu (32) dan Kelantan mempunyai 45.

Bagi PRK Kuala Terengganu pula, seramai 122,160 pengundi biasa daripada 123,575 pemilih berdaftar layak mengundi.

PRK itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu satu.

PRK Parlimen Kuala Terengganu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun lepas yang membatalkan kemenangan calon Pas, Datuk Ahmad Amzad Hashim pada Pilihan Raya Umum ke-15 selepas mendapati berlaku perbuatan rasuah. – Bernama

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan