HARRY Kane berkongsikan video perpisahan kepada penyokong Tottenham Hotspurs susulan perpindahannya ke Bayern Munich hari aini.
Kapten Spurs itu melengkapkan pemeriksaan kesihatan di Bavaria semalam selepas Bayern bersetuju membayar RM582 juta untuk membawa penyerang itu beraksi di Bundeliga.
“Jelas apa yang saya lalui ini cukup penuh emosi. Sedih meninggalkan kelab yang saya habiskan masa selama 20 tahun daripada hidup ini.
“Dari seorang kanak-kanak berumur 11 tahun sehingga lelaki berusia 30 tahun terlalu banyak kenangan dan memori indah, yang akan saya kenang selamanya.
“Sejujurnya saya telah mencipta hubungan istimewa dengan ramai orang di sini dan paling penting saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua penyokong Spurs,” katanya.
Kane menandatangani kontrak selama empat tahun sehingga 2027 dan diberikan jersi nombor sembilan yang sebelum ini digunakan penyerang lagenda, Robert Lewandowski.
Sementara itu, Kane berkata, dia gembira menjadi sebahagian daripada keluarga Bayern dan bersedia menguji kemampuannya beraksi bersama kelab terbesar di dunia.
“Kelab ini ditakrifkan dengan mentaliti juara – itu membuatkan saya berasa sangat baik berada di sini,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Spurs, Daniel Levi menjelaskan, mereka telah berusaha memujuk Kane untuk kekal di London namun penyerang itu mahu mencuba cabaran baharu. – Edisi 9

