26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Tak rasmi: PH-BN dahului majoriti besar 29 kerusi di Pulau Pinang

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PAKATAN Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menang lapan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang setakat pukul 8.30 malam tadi.

Ini selepas semua lapan calon PH mendahului lawan menerusi undi tidak rasmi dengan lebih 50 peratus daripada jumlah undi.

Calon Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mendahului senarai apabila menang di Padang Kota selepas menerima sebanyak 7,811 undi berbanding lawannya yang mewakili PN, H’ng Khoon Leng (1,114 undi).

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng turut mempertahankan DUN Ayer Putih dalam saingan tiga penjuru.

Advertisements

Antara DUN lain yang dimenangi PH menerusi keputusan tidak rasmi adalah Pengkalan Kota, Komtar, Bagan Jermal, Paya Terubong, Batu Lanchang dan Berapit.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, gabungan PH-BN mendahului selesa di 29 kerusi DUN di Pulau Pinang.

Gabungan tersebut hanya memerlukan sekurang-kurangnya 21 kerusi untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan