30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Ketua imam Pusat Islam Ireland terharu solat jenazah Sinead

Mesti Baca

TERHARU dan sebak, itulah yang dirasai oleh imam yang mengetuai urusan pengebumian Sinead O’Connor.

Sheikh Dr Umar Al-Qadri yang juga ketua imam di Pusat Islam Ireland itu berkata, dia merasa satu penghormatan apabila terbabit dan menjadi sebahagian daripada proses yang dilakukan untuk Allahyarham itu.

Katanya, dia pernah bertemu penyanyi pop terkenal dari Ireland itu pada tahun 2018 dan rasa amat bertuah kerana berpeluang meraikan kehidupan penyanyi itu.

“Rasa bersyukur kerana diberi peluang memimpin solat jenazah Sinead atau Shuhada Sadaqat.

“Satu penghormatan buat saya apabila menjadi sebahagian daripada majlis ini dan terima kasih setinggi-tingginya kepada keluarga Sinead kerana mengiktiraf identiti Islamnya,” kata Dr Umar memetik laporan Independent.

Advertisements

Terdahulu, Sinead, 56, meninggal dunia di London pada 26 Julai lalu dan dikebumikan di tanah kelahirannya Dublin dengan mengikut syariat Islam, semalam.

Penyanyi yang popular dengan lagu Nothing Compares 2 U nyanyian asal Prince itu mengucapkan dua kalimah syahadah pada 2018 kemudian menukar namanya daripada Magda Davitt kepada Shuhada Sadaqat.

Namun begitu, Allahyarham menggunakan Sinead O’Connor untuk sebarang aktiviti seninya.

Polis mengesahkan kematian Sinead tiada kaitan dengan unsur jenayah.

Sementara itu, ribuan orang hadir menyaksikan pengebumian Sinead termasuklah Vokalis U2, Bono dan penyanyi serta aktivis kemanusiaan, Bob Geldof. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan