28.7 C
Kuala Lumpur
Friday, December 13, 2024

Dituduh terbabit komplot, calon BN DUN Kemasik lapor polis

Mesti Baca

AKIBAT dituduh terbabit dalam komplot menjatuhkan maruah calon Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik, Terengganu satu laporan polis dibuat terhadap dua individu.

Timbalan Ketua Urusetia UMNO DUN Kemasik, Mohd Khairi Afiq Mohd Yusof berkata, beliau hari ini telah membuat laporan polis terhadap dua individu iaitu pemilik akaun Facebook bernama Karl Paulo dan Razak Bidin.

“Mereka dengan sengaja menuduh saya bersama Datuk Seri Ahmad Said dan seorang wanita bernama Ezza Suria merancang komplot bagi menjatuhkan Pas melalui calon Pas di Kemasik.

“Mereka menuduh Ahmad Said dan Ezza Suria memainkan persepsi jijik dengan mengeluarkan video, gambar dan akuan bersumpah yang saya tanda tangani dalam media sosial.

“Mereka juga menuduh saya, Ahmad Said, Ezza Suria serta AJK UMNO Kemasik menyusun pelan jahat bagi memastikan orang ramai tidak keluar mengundi,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) DUN Kemasik menegaskan dirinya dan Ahmad Said atau mana-mana AJK UMNO Kemasik tidak terbabit sama sekali dalam isu rumahtangga membabitkan calon Pas Kemasik bersama wanita bernama Ezza Suria.

Advertisements

“Saya mengakui ada menandatangani surat akuan bersumpah yang dibawa oleh pelanggan saya, Ezza Suria Muda pada 27 Julai lalu selepas segala dokumen yang diperlukan untuk saya sahkan adalah lengkap.

“Sebagai seorang Pesuruhjaya Sumpah, saya tidak pernah terbabit dengan kandungan dokumen yang saya tandatangani sebaliknya ia adalah tanggungjawab deponen sepenuhnya,” katanya.

Katanya,  tuduhan-tuduhan yang dilemparkan itu bertujuan menjatuhkan maruah dan reputasi dirinya sebagai calon BN Kemasik dan sebagai seorang Pesuruhjaya Sumpah.

“Mereka cuba menutup aib sendiri dengan membuat tuduhan terhadap saya, Ahmad Said serta AJK UMNO Kemasik dan BN.

“Saya juga mencabar calon Pas DUN Kemasik untuk membuat laporan polis bagi menafikan apa yang tersebar dalam media sosial pada masa ini,” katanya lagi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

234 pengamal media terima bantuan Tabung Kasih@HAWANA

SERAMAI 234 individu telah menerima manfaat daripada Tabung Kasih@HAWANA sejak diperkenalkan pada April tahun lalu. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata,...

Lagi Artikel Berkaitan