26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Air: Kenyataan Mohd. Amar tidak bertanggungjawab – Nik Nazmi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KENYATAAN Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berhubung rakyat Kelantan pandai menggali sendiri telaga jika tiada air disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab dan membimbangkan.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebarang pembinaan telaga untuk tujuan pengambilan air bawah tanah harus mematuhi keperluan undang-undang dan garis panduan pihak berkuasa.

Ini kerana katanya, ia hadir dengan risiko kandungan logam tinggi yang boleh membahayakan kesihatan rakyat.

“Dalam setiap lawatan ke Kelantan, saya terpaksa berdepan aduan penduduk mengenai bekalan air di kawasan mereka dan keadaan ini sudah menjadi lebih teruk kebelakangan ini.

“Kerajaan Pas sepatutnya menggunakan pendekatan yang lebih holistik dan proaktif bagi menangani isu keperluan asas rakyat. 

Advertisements

“Kenyataan calon Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor itu membuktikan bahawa mereka sudah tidak lagi mampu memikirkan kaedah penyelesaian yang baik, sebaliknya membiarkan ia menjadi tanggungjawab rakyat sendiri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Media melaporkan, Mohd. Amar berkata isu air dihadapi rakyat Kelantan terutama di kawasan kampung bukannya satu masalah besar untuk Pas terus menerajui kerajaan.

Katanya, ini berikutan di kampung mereka mempunyai pilihan apabila boleh membina air telaga tiub atau perigi dan penduduk kampung faham dengan masalah air yang boleh diselesaikan sendiri itu.

Nik Nazmi berkata, kenyataan Nik Amar yang rela membiarkan rakyat menanggung beban kewangan menggali air bawah tanah amat tidak patut dilakukan seorang pegawai tinggi kerajaan apatah lagi berpendidikan tinggi dalam agama.

“Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang sedang berlangsung ini, saya menyeru rakyat Kelantan agar membuat keputusan yang bijak dalam memilih dan bukannya memilih kerajaan yang tidak menghiraukan kebajikan rakyatnya,” katanya. – Edis 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan