26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Keahlian individu kutuk UMNO digantung serta-merta – Anthony Loke

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEORANG ahli DAP digantung keahliannya serta merta susulan penularan satu klip video ucapannya yang bersifat provokatif dan didakwa mengutuk UMNO.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, klip video berkenaan bukan dirakam ketika kempen pilihan raya negeri (PRN) sebaliknya diucap dalam satu majlis makan malam anjuran sebuah cawangan DAP pada Jun lalu.

Ujar beliau, individu tersebut merupakan ahli biasa dan segala pandangan yang dilontarkan tidak mewakili kepimpinan parti.

“Pucuk pimpinan DAP mengutuk keras ucapan tersebut yang bersifat provokatif dan berunsurkan kata-kata kesat.

Advertisements

“Saya telah mengarahkan supaya status keahlian individu tersebut digantung serta merta sementara Jawatankuasa Disiplin DAP mengambil tindakan susulan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sebuah klip video memaparkan individu yang berucap dalam bahasa Mandarin yang didakwa mengeluarkan kenyataan negatif terhadap UMNO tular di media sosial sejak semalam.

Mengulas lanjut, Anthony Loke berkata, klip video lama itu sengaja ditularkan pihak tertentu pada waktu kritikal ini bertujuan untuk mematahkan momentum kempen Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Saya menyeru semua penyokong Pakatan Harapan dan Barisan Nasional tidak terpengaruh dengan klip video tersebut yang tidak sama sekali mewakili akhlak dan pendirian DAP,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan