30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Liverpool hampir pasti miliki Caicedo

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SATU lagi perang antaran Liverpool dan Chelsea. Selepas The Blues semalam menyaingi bidaan The Reds untuk Romeo Lavia, hari ini, Liverpool pula mengambil pendekatan sama apabila membida pemain sasaran Chelsea, Moises Caicedo.

Chelsea dan Brighton sebelum ini mengadakan perbincangan mengenai perpindahan pemain muda Ecuador itu namun persetujuan antara kedua-dua kelab masih belum dicapai.

Sebaliknya, Liverpool dilaporkan diambang melengkapkan perpindahan Caicedo selepas menawarkan bidaan rekod Inggeris sebanyak RM638 juta dan diterima Brighton.

Caicedo dilihat sebelum ini hampir menyertai Chelsea musim panas ini namun mungkin akan menyertai The Reds seawal hari ini.

Advertisements

Brighton sebelum ini meletakkan tarikh akhir bidaan pada tengah malam Khamis dan Liverpool tampil dengan bidaan tertinggi sementara The Blues hanya menawarkan RM580 juta sahaja.

Terma perjanjian antara pemain dan kelab dijangka tidak menjadi halangan dan pemain tengah berusia 21 tahun itu dijangka menjalani pemeriksaan kesihatan hari ini.

Penghijrahan Caicedo ke Anfield pasti satu kekecewaan buat Chelsea yang mengambil masa lama untuk memancing pemain itu keluar dari The Seagulls.

Yang pasti, pertarungan sebenar Liverpool-Chelsea adalah pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris pada Ahad ini yang akan berlangsung di Stamford Bridge. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan