32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Menantu: Muhyiddin patut tunjuk teladan baik – Mohd. Puad

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya menunjukkan teladan yang baik terutama dalam isu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap menantunya, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, sebagai pemimpin parti yang ‘Bersih dan Stabil’ seperti yang dilaungkan PN, Ahli Parlimen Pagoh itu sepatutnya meminta menantunya memberikan kerjasama untuk disiasat.

Selain itu kat Mohd. Puad, Muhyiddin sepatutnya mengeluarkan kenyataan secara terbuka bagi menjelaskan perkara tersebut kepada rakyat.

“Sepatutnya Muhyiddin minta menantunya balik segera untuk disoal siasat oleh SPRM. Dia patut buat kenyataan terbuka agar rakyat tidak gelisah.

“Muhyiddin kena tunjuk teladan baik. Dia masih bermimpi jadi Perdana Menteri. Kenapa tunggu SPRM buat pendedahan baru nak balik,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Advertisements

Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam menyatakan kesediaan bekerjasama dengan SPRM untuk mengenakan notis merah terhadap Muhammad Adlan dan seorang lagi individu yang merupakan seorang peguam.

Muhammad Adlan menerusi kenyataan yang dikeluarkan firma, Shukor Baljit & Partners pula mendakwa, beliau meninggalkan Malaysia secara sah dan tidak pernah ditangkap atau dipanggil SPRM untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Mohd. Puad berkata, perkara yang berlaku membabitkan menantu Muhyiddin merupakan satu isu serius selepas SPRM meminta polis antarabangsa (Interpol) untuk membantu mencarinya dan meminta Jabatan Imigresen menggantung pasport.

“Jangan wujudkan kluster baru, iaitu ‘kluster takut mahkamah’. PN Best terbukti hanya retorik,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Ramasamy, Fadhil amal kempen menyesatkan – Puad Zarkashi

PRESIDEN Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P. Ramasamy dan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhil Shaari dianggap mengamalkan kempen...

Lagi Artikel Berkaitan