26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Johor ulangi larangan berpolitik di masjid, surau

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Negeri Johor hari mengulangi peringatan mengenai larangan mengadakan aktiviti politik dalam program pengimarahan masjid dan surau di negeri ini susulan Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, larangan berkenaan termasuk berucap dan menyampaikan sumbangan yang dilakukan oleh ahli politik di kedua-dua lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, hanya Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dibenarkan berucap dan menyampaikan bantuan di dalam masjid dan surau.

“Mana-mana orang yang beragama Islam boleh melibatkan diri dalam program mengimarahkan masjid dan surau, namun tertakluk dengan garis panduan dengan tidak dibenarkan sama sekali menyampaikan ucapan, menyempurnakan perasmian atau pelancaran program serta menyampaikan ceramah, tazkirah atau seumpamanya kecuali mempunyai tauliah selain mematuhi etika pemakaian.

“Program yang dianjurkan bukanlah berbentuk politik, tidak mempunyai lambang, logo, bendera dan apa-apa simbol yang mengandungi politik kepartian. Turut dilarang menghina mana-mana kaum serta perlu menjaga batas pergaulan lelaki dan wanita,”katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Jelas Mohd Fared lagi, mengenai agihan bantuan dan sumbangan pula ia merangkumi untuk kerja pembinaan dan baik pulih, sumbangan bekalan dan kebajikan ahli kariah masjid serta surau.

Beliau berkata, acara yang melibatkan bantuan atau sumbangan seboleh mungkin diadakan di kawasan luar masjid dan surau seperti dewan serba guna, dataran dan padang.

“Sumbangan dan bantuan ini dibenarkan disalurkan ke dalam akaun masjid atau surau. Jika berbentuk barangan untuk kerja pembinaan atau baik pulih tidak dibenar meletakkan dan menggantung bendera, logo, sepanduk atau simbol politik termasuk pakaian ketika acara pengagihan.

“Orang perseorangan atau penganjur yang tidak patuh atau bersubahat boleh dikenakan tindakan undang-undang berdasarkan Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.

Menurutnya, sebarang pelanggaran pada garis panduan itu hendaklah diadukan ke pejabat kadi daerah. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan