26 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

DBKL kompaun, tutup premis tular tarian separuh bogel

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PREMIS yang tular menganjurkan tarian separuh bogel baru-baru ini diarahkan tutup oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta-merta menerusi tindakan khas yang dijalankan pada Rabu lalu.

DBKL menerusi kenyataan berkata, pihaknya juga mengeluarkan notis kompaun terhadap premis itu.

“Hasil siasatan DBKL mendapati premis itu mempunyai lesen komposit Kedai Runcit/Serbaneka/Pasar Mini (Barangan Kering Sahaja) bagi menjalankan aktiviti pasar raya.

“Bagaimanapun premis itu didapati dikendalikan empat pekerja warga asing yang tidak mempunyai permit kerja yang sah.

“Dua daripadanya adalah warganegara Bangladesh dan dua lagi warga negara Iran.

Advertisements

“Oleh itu, DBKL mengeluarkan satu notis kompaun kerana menggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja yang sah dan satu notis kompaun kerana menjalankan aktiviti selain yang dilesenkan.

Penguatkuasa DBKL menyita premis tersebut dalam tindakan khas yang dijalankan Rabu lalu.

“Premis tersebut juga diarahkan untuk ditutup serta merta kerana dikendalikan oleh bukan warganegara,” kata kenyataan itu.

DBKL turut menambah, kejadian yang tular berkaitan tarian separa bogel itu berlaku pada 5 Julai lalu, bersempena dengan sambutan ulang tahun premis tersebut.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila tular video berdurasi satu minit lima saat memaparkan aksi sekumpulan wanita berpakaian seksi membuat tarian terbuka di hadapan premis berkenaan.

Tarian dipercayai dipanggil ‘ki dance re vhai’ itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan