Friday, June 5, 2026

Zahid rasmi pelepasan konvoi Kembara Merdeka 66

Konvoi tersebut akan menjelajah sejauh 1,429km sepanjang enam hari lima malam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merasmikan pelepasan konvoi Kembara Merdeka 66 anjuran Superbikes Association Malaysia (SAM) bertempat di Hotel Angkasa Royale, Pekan, Pahang.

Menerusi hantaran di Facebook, katanya beliau amat gembira sambutan dan semangat Hari Kebangsaan ini terus disemarakkan dan berada di dalam jiwa anak-anak Malaysia.

“Dengan tema konvoi kembara “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” ini – saya berharap perjalanan bermula dari 26 Ogos dan kemuncaknya akan diraikan pada hari Kebangsaan 31 Ogos 2023, dipermudahkan olehNya.

“Saya dimaklumkan konvoi kali disertai seramai 274 peserta yang terdiri daripada 238 riders dan 16 buah kenderaan lain.

“Konvoi tersebut akan menjelajah sejauh 1,429km sepanjang enam hari lima malam.

“Semoga jalur gemilang terus megah berkibar dan perjalanan konvoi dipermudahkan untuk sampai ke destinasi terakhir dengan selamat,”ujar beliau. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan