32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Tujuh permit kempen PRK Johor diluluskan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Johor telah meluluskan tujuh permit kempen serta ceramah sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Jurucakap Media PRK Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Superintendan Ibrahim Mat Som berkata, tiga permit ceramah dan tiga permit kempen diluluskan di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara bagi kawasan Parlimen Pulai manakala satu permit ceramah bawah IPD Muar untuk DUN Simpang Jeram.

“Setakat ini tiada sebarang kertas siasatan yang dibuka, katanya.

Advertisements

“Polis Johor menasihatkan semua parti serta kumpulan penyokong menghormati antara satu sama lain serta tidak melakukan kerosakan terhadap poster, kain rentang dan bendera dengan mencabut atau membakarnya.

“Tindakan tersebut merupakan perbuatan khianat dan menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam masa sama, beliau berkata, Polis Johor meminta semua calon yang ingin mengadakan kempen pilihan raya agar mengikuti undang-undang mengikut Seksyen 24B(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan