33.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Memo dalaman AGC: Wan Rosdy gesa siasatan lanjut

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

NAIB Presiden UMNO Malaysia, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menggesa pihak berkuasa untuk melakukan siasatan lanjut berhubung dakwaan wujudnya Memo Dalaman Jabatan Peguam Negara bertarikh 10 September 2019.

Memo berkenaan menyentuh enam pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Beliau berkata, siasatan ini amat penting kerana dikatakan antara intipati utama memo tersebut adalah berkenaan cadangan dari pasukan pendakwaan International Petroleum Investment Company (IPIC) kepada Tan Sri Tommy Thomas yang merupakan Peguam Negara ketika itu.

“Pendakwaan sebulat suara berpendirian bahawa enam pertuduhan tersebut tidak memenuhi kehendak minimum untuk sesuatu pertuduhan pecah amanah (CBT) bagi mendapatkan kes prima facie,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Menurut beliau, siasatan perlu dilakukan dengan kadar segera kerana isu memo ini boleh menggugat kredibiliti serta imej sistem perundangan dan kehakiman negara, sekaligus memberi kesan yang tidak baik terhadap keyakinan pelbagai pihak dari dalam dan luar negara.

Advertisements

“Malah, ia juga memberi kesan langsung kepada proses perbicaraan di mahkamah yang sedang dihadapi oleh Datuk Seri Mohd Najib ketika ini,”katanya.

Ujarnya, demi menjunjung kedaulatan undang-undang dan memastikan sistem perundangan kekal berintegriti dan diyakini, adalah mustahak agar perhatian serius diberikan oleh pihak Peguam Negara terhadap perkara ini.

Pada Rabu lalu, UMNO Pekan mendesak agar Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun menyiasat dan menjelaskan kepada umum berkaitan dokumen tular yang didakwa sebagai ‘memo dalaman’ AGC oleh pasukan pendakwaan IPIC baru-baru ini.

Ketuanya, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, jika dokumen yang tular itu sahih, ia jelas menunjukkan berlaku kezaliman terhadap Najib yang dipenjara atas kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd pada 23 Ogos tahun lalu.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan