25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

PKR mula gerak “Jelajah Madani” ke 6 negeri tumpuan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) telah mula menggerakkan “Jelajah Madani” ke kawasan tumpuan bagi berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang bakal diadakan bulan depan. 

Timbalan Presidennya, Rafizi Ramli berkata program dilaksanakan Jawatankuasa Pilihan Raya Parti itu bertujuan memastikan kemenangan calon PKR pada PRN tersebut. 

“Ia telah dimulakan di Sikamat, Negeri Sembilan pada 4 Julai lalu, disusuli Taman Medan di Selangor, malam tadi. 

“Dengan tema “Malaysia Madani”, jelajah itu menjadi platform kepimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menerangkan kepada orang awam mengenai usaha dan pembaharuan dilaksanakan kerajaan perpaduan dalam tempoh lapan bulan memerintah. 

Advertisements

“Justeru saya menjemput seluruh masyarakat awam dan rakan-rakan pengamal media untuk hadir ke Jelajah Madani ini yang akan dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau. 

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata, bagi memastikan jentera PKR di peringkat akar umbi bersedia sepenuhnya, pihaknya juga akan mengadakan Majlis Pelancaran Jentera dan Bilik Gerakan secara serentak di semua DUN yang bakal ditandinginya. 

Katanya, program itu akan berlangsung secara serentak pada 7 Julai bagi Kelantan dan Terengganu, 8 Julai bagi Kedah dan Pulau Pinang serta 9 Julai bagi Selangor dan Negeri Sembilan. 

“Acara kemuncak program itu katanya, ialah penyerahan bahan kempen oleh wakil kepimpinan pusat PKR kepada Pengarah Pilihan Raya parti bagi DUN yang berkenaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan