27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Rafizi disindir jadi juri program realiti

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEPUTUSAN Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli untuk menjadi juri tetap dalam sebuah program realiti TV, Innovathon mendapat perhatian ramai termasuk Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Wan Ahmad Fayhsal dalam satu hantaran Facebook berkata, penyertaan Rafizi itu sebagai satu perkara ‘canggung’ yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana menteri sebelum ini.

“Nak jadi menteri ke… artis? Tak pernah dibuat oleh menteri sebelum ini, hatta KJ (Khairy Jamaluddin) sekalipun.

“Padanlah ekonomi Malaysia hancur atas tangan puak-puak ini,” katanya ringkas.

Advertisements

Program Innovathon adalah hasil kerjasama antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Kementerian Ekonomi serta Astro.

Program realiti itu akan memaparkan kemahiran dan idea inovatif dalam kalangan rakyat Malaysia bagi mencari penyelesaian isu berteraskan sosioekonomi.

Selain Rafizi, barisan juri tetap program itu ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang dan artis terkenal, Fazura bersama 100 juri awam yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan