27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

Bakar suar: JDT didenda RM120,000

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENDAHULU Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dikenakan hukuman denda sebanyak RM120,000 atas tindakan penyokongnya menyalakan suar dalam tiga perlawanan Liga Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri musim ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman berkata, keputusan itu diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib badan itu yang dipengerusikan Datuk Dr. Baljit Singh Sidhu pada 30 Mei lalu.

Katanya, surat hukuman denda bagi kesalahan-kesalahan tersebut sudah dihantar ke JDT pada 31 Mei lalu dan tidak didedahkan kepada umum.

“Dengan pemakluman ini, diharap ia dapat memberi penjelasan kepada umum bahawa tindakan dan hukuman telah pun diambil bagi kesalahan membakar dan menyalakan suar yang dikuatkuasakan dalam Kod Tatatertib FAM.

“Adalah sekarang menjadi amalan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk tidak membuat sebarang kenyataan media selepas keputusan dibuat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bagi perlawanan Liga Super menentang Sabah pada 31 Mac, JDT didenda sebanyak RM30,000 akibat tindakan penyokongnya melakukan pembakaran suar dalam anggaran sebanyak 10 unit.

Advertisements

JDT turut didenda RM10,000 kerana didapati gagal mematuhi obligasi penganjuran sehingga membolehkan kemasukan dan pembakaran suar oleh penyokong.

Seterusnya, kata FAM, bagi perlawanan Liga Super menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC pada 9 April, JDT juga didenda sebanyak RM30,000.

Katanya, ini akibat daripada tindakan penyokongnya membakar suar secara serentak dengan jumlah lebih kurang 30 unit.

“Kelab itu turut didenda RM10,000 kerana didapati gagal mematuhi obligasi penganjuran sehingga membolehkan kemasukan dan pembakaran suar oleh penyokong.

“Sementara bagi perlawanan Piala FA menentang PDRM FC pada 14 April, JDT turut didenda RM30,000 akibat tindakan penyokongnya menyalakan 29 unit suar secara serentak.

“JDT didenda RM10,000 kerana didapati gagal untuk mematuhi obligasi penganjuran sehingga membolehkan kemasukan dan pembakaran suar oleh penyokong,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan