31.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

OPR kekal pada 3.00 peratus – BNM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JAWATANKUASA Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.

BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata, pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal agak akomodatif dan terus menyokong pertumbuhan ekonomi.

“MPC terus menilai bahawa risiko ketidakseimbangan kewangan pada masa hadapan adalah terhad.

“MPC kekal berwaspada terhadap perkembangan semasa dan akan terus memantau data baharu bagi memaklumkan penilaian prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.

“MPC akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil,”menurut kenyataan tersebut.

Mengulas lanjut, BNM berkata, pendirian dasar monetari bagi kebanyakan bank pusat dijangka kekal ketat, dengan prospek pertumbuhan terus bergantung pada risiko pertumbuhan menjadi lebih perlahan.

“Ini terutamanya disebabkan momentum ekonomi utama yang lebih perlahan, inflasi sebenar yang lebih tinggi daripada jangkaan, ketegangan geopolitik yang semakin meruncing serta keadaan pasaran kewangan yang menjadi ketat secara mendadak.

“Susulan pertumbuhan yang kukuh pada suku pertama tahun 2023, ekonomi Malaysia berkembang pada kadar yang lebih sederhana pada bulan-bulan kebelakangan ini.

“Keadaan ini berikutan eksport yang terjejas disebabkan oleh permintaan luaran yang lebih perlahan, seperti yang dijangka.

Advertisements

“Pertumbuhan bagi bulan-bulan seterusnya pada tahun 2023 akan terus didorong oleh permintaan dalam negeri yang berdaya tahan.

“Perbelanjaan isi rumah terus disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang menggalakkan, terutamanya dalam sektor berorientasikan dalam negeri,”tambah BNM.

Dalam pada itu, bank pusat itu berkata, ekonomi global terus berkembang, didorong oleh keadaan permintaan dalam negeri yang berdaya tahan dengan sokongan keadaan pasaran pekerja yang teguh.

Walaubagaimanapun, ujarnya pertumbuhan global terus terjejas disebabkan oleh inflasi teras yang berlarutan dan kadar faedah yang lebih tinggi.

“Meskipun pembukaan semula China terus menyokong ekonomi global, kadar pemulihannya menjadi perlahan pada bulan-bulan kebelakangan ini.

“Pada peringkat global, inflasi keseluruhan terus menurun, namun inflasi teras masih melebihi purata yang dicatatkan sebelum ini,” jelas BNM.

Selain itu, BNM berkata, ketibaan pelancong bertambah dengan stabil dan dijangka terus meningkat lantas menggiatkan aktiviti berkaitan pelancongan.

Pada 3 Mei lalu, MPC BNM mengumumkan OPR dinaikkan sebanyak 25 mata kepada 3.00 peratus, kenaikan pertama bagi 2023 selepas penanda aras bagi kadar pinjaman dan deposit di Malaysia itu dikekalkan pada Januari dan Mac lalu pada paras 2.75 peratus. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan