Tuesday, June 16, 2026

Harga petrol, diesel terus kekal

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HARGA runcit petrol dan diesel kekal bagi tempoh 10 Ogos 2023 hingga 16 Ogos 2023.

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi kenyataan berkata, sepanjang tempoh itu, harga runcit petrol RON97 adalah RM3.37 seliter; RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).

“Penetapan harga tersebut bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

“Oleh demikian, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,”menurut MOF.

MOF berkata, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan