34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

PH-BN Kedah yakin bentuk kerajaan negeri baharu

Mesti Baca

GABUNGAN Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) Kedah mempunyai keyakinan tinggi apabila sudah memiliki 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Gabungan itu hanya memerlukan tiga lagi kerusi bagi membentuk kerajaan negeri baharu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini.

Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar, berkata tambahan tiga kerusi itu akan membolehkan PH-BN mendapat majoriti mudah, sekali gus dapat mempersembahkan calon Menteri Besar baharu kepada Sultan Kedah, Sultan Sallahuddin Badlishah.

“Saya masih berkeyakinan bahawa 16 kerusi sudah dalam genggaman kami, kita hanya nak mengejar tiga kerusi saja lagi, saya penuh yakin tiga kerusi itu sudah dicapai setakat ini.

Saya tak boleh sebut tiga kerusi itu di mana, itu rahsia dan kita tak mahu mengganggu kerana margin tiga kerusi itu kecil,” katanya dalam sidang media di Bangunan Tunku di sini, hari ini.

Advertisements

Hadir sama Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Pengerusi AMANAH Kedah, Datuk Dr Ismai Salleh dan Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew.

Mahfuz berkata, PH-BN dikira mendapat bonus jika gabungan itu memenangi lebih daripada 19 kerusi.

“Kita sedang usaha lonjak untuk dapat satu jumlah yang selesa, sebab kalau menang lebih daripada 19 kerusi, saya anggap itu satu bonus.

Kita tak perlu untuk kejar kepada satu jumlah yang sukar bagi kita untuk bergerak, jadi kita bergerak hanya untuk tiga kerusi kerana 16 kerusi sudah ada, majoriti mudah (19 kerusi) itu sudah ada,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Rondaan Maritim Malaysia jadikan perairan negara lebih selamat

PENINGKATAN penguatkuasaan dan rondaan yang dilaksanakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menjaga keselamatan perairan negara telah menjadikan...

Lagi Artikel Berkaitan