25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Pekan Air Jernih berpotensi dimajukan ekopelancongan

Mesti Baca

PEKAN Air Jernih di Kemasik, Kemaman berpotensi untuk dimajukan sebagai kawasan pelancongan bagi meningkatkan pembangunan dan ekonomi di kawasan berkenaan.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik, Mohd Khairi Afiq Mohd Yusof berkata, cadangan yang dikemukakan oleh masyarakat Cina di Air Jernih itu menarik perhatiannya dan percaya ia boleh dilaksanakan sekiranya rakyat Terengganu memilih BN untuk menerajui negeri ini.

Beliau berkata, rekod pentadbiran BN selama ini membuktikan bahawa parti itu mengambil berat isu ekonomi rakyat termasuk dalam memajukan industri pelancongan.

“Saya menerima 10 permohonan masyarakat Cina di sini dan salah satunya adalah agar kita mewujudkan ekopelancongan di kawasan Air Jernih.

“Saya kira itu satu cadangan yang baik dan sekiranya pentadbiran negeri Terengganu seiring dengan kerajaan Pusat saya tidak nampak ia sukar dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan masyarakat Cina di Kelab MCA Pekan Air Jernih, di Kemasik petang semalam.

Hadir sama Pengerusi MCA Cawangan Air Jernih, Ng Chon Chai dan bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kawasan Kampung (JPKK) Air Jernih, Wang Kwee Fong dan Pengerusi PDM UMNO Air Jernih, Ramli Abdullah.

Advertisements

Mohd Khairi berkata, Air Jernih sememangnya mempunyai potensi dalam memajukan ekopelancongan lebih-lebih lagi kedudukannya berhampiran dengan Stesen Landasan Rel Pantai Timur (ECRL) yang sedang rancak dalam pembinaan.

“Pekan Air Jernih mempunyai keunikan tersendiri. Kita boleh kekalkan bangunan lama di sini sebagai tarikan sepertimana kita majukan Kampung Cina di Kuala Terengganu,” katanya.

Pekan Air Jernih yang berjarak 7 kilometer dari Kemasik mempunyai penduduk kira-kira 500 orang terdiri masyarakat Cina Hainan.

Walaupun hidup dikelilingi masyarakat Melayu, namun budaya dan tradisi kaum Cina Hainan tetap dikekalkan sehingga kini.

Malahan Pekan Air Jernih turut dikatakan perkampungan Cina Hainan terbesar di Malaysia yang telah wujud lebih 110 tahun lalu.

Pengunjung yang datang ke perkampungan itu pasti kagum dengan persekitaran rumah kedai dua tingkat diperbuat daripada kayu, persis berada di sebuah pekan kecil di negara China. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan