33.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Ekonomi Madani beri gambaran visi ekonomi yang jelas – KJ

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

EKONOMI Madani demi memperkasa rakyat yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi gambaran visi ekonomi lebih jelas.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang turut memuji langkah yang dibuat tersebut berkata, hala tuju ekonomi sedemikian sememangnya dinantikan oleh rakyat.

Beliau berkata, dua pergerakan besar dalam ekonomi yang telah digariskan iaitu menaikkan siling dan lantai juga perkara yang wajar dipuji.

“Perdana Menteri telah melukiskan gambar ataupun lukisan yang jelas, kita berada di mana, kekurangan pertumbuhan enjin yang baharu, jurang yang besar antara pendapatan isi rumah dan pertumbuhan ekonomi dalam Malaysia terjerumus dalam kitaran kemelesetan dengan gaji rendah dan kurang berdaya saing.

“Beliau bukan hanya datang dengan masalah tetapi datang dengan penyelesaian, saya suka ini. Apa yang saya suka beliau telah menggariskan dua pergerakan besar dalam ekonomi kita.

“Yang petama menaikkan siling dan keduanya menaikkan lantai…dia melukiskan ekonomi macam rumah,”katanya menerusi siaran podcast Keluar Sekejap pada Sabtu.

Khairy antara pemimpin yang dijemput oleh Anwar sebelum ini bagi membincangkan langkah yang perlu diambil bagi menangani situasi ekonomi semasa.

Khairy menambah, dengan menaikkan siling, Malaysia mampu terbang jauh menjadi peneraju ekonomi serantau Asia, dunia, menjadi destinasi pelaburan serta industri berteraskan digital dan inovasi.

Advertisements

“Maksudnya beliau tidak halang ekonomi berteraskan modal ini terbang tetapi pada masa yang sama falsafah ekonomi Perdana Menteri jelas dia tak mahu siling itu terbang saja.

“Dalam orde ekonomi liberal siling saja terbang tetapi lantai tak naik, lantai tetap di paras yang sama atau lagi teruk lantai itu jatuh ke bawah.

“Syarikat kita jadi gergasi dunia, pelaburan besar datang ke dalam Malaysia, tak guna kalau siling terbang kalau lantai tak naik maksudnya peningkatan darjat hidup rakyat, itu pekerjaan bermakna ada kejelasan sekarang.

“Pastikan bahawa bila dapat pelaburan ini jangan gunakan Malaysia sebagai kilang untuk dunia bermaksud syarikat luar datang buat kilang di sini keuntungan ambil di sini tetapi keluar daripada Malaysia dan menggajikan orang asing.

Mendengar ulasan bekas Menteri Kesihatan itu, bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan dengan nada seloroh berkata, Khairy bukanlah pro-Perikatan Nasional (PN) seperti didakwa.

Kalau sesiapa rasa KJ pro-PN boleh ambil klip dua minit itu, bagaimana KJ telah menerangkan begitu jelas naratif Ekonomi Madani yang dilancarkan Perdana Menteri.

“Saya setuju, ini adalah dokumen, falsafah ekonomi dan hala tuju ekonomi yang paling tuntas selepas model ekonomi baru bawah Najib,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan