25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Calon BN Kemasik bantu mangsa kemalangan

Mesti Baca

CALON Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik, Mohd Khairi Afiq Mohd Yusof membantu seorang mangsa kemalangan di Bandar Baru Kijal, Kemaman pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.44 pagi ini ketika beliau dalam perjalanan ke bandar Chukai bagi menghadiri program Walkabout di pejabat-pejabat kerajaan di bandar tersebut.

Semasa tiba di tempat kejadian tepatnya di persimpangan lampu isyarat berhampiran pasar raya besar Sabasun, didapati terdapat satu kemalangan membabitkan sebuah kereta dan motosikal yang baharu berlaku.

Khairi Afiq kemudian mengarahkan pemandunya agar berhenti dan beliau kemudian turun dari kereta untuk mendapatkan mangsa yang merupakan penunggang motosikal berkenaan.

Advertisements

“Calon kemudian turun dari kereta dan terus mendapatkan mangsa yang juga penunggang motosikal yang terbaring di atas jalan,” kata seorang pegawai pengiringnya ketika dihubungi.

Khairi Afiq turut membantu mengangkat mangsa ke dalam ambulans untuk dibawa ke hospital sebelum meneruskan perjalanan ke bandar Chukai.

Difahamkan pemandu kereta Perodua Bezza itu dipandu oleh seorang wanita. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan