26 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Nelayan Kemasik kecewa masalah muara cetek masih berlarutan

Mesti Baca

NELAYAN di Kemasik, Kemaman kecewa kerana kerajaan Pas Terengganu gagal menyelesaikan isu muara cetek yang dihadapi mereka sejak sekian lama.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Nelayan Kemasik, Rozali Ismail berkata, lebih menyakitkan hati apabila benteng pemecah ombak yang dibina kerajaan negeri itu gagal disiapkan sepenuhnya.

Beliau berkata, projek bernilai RM7 juta itu gagal menghalang muara Kemasik daripada terus cetek manakala pembinaannya tidak sempurna kerana tiada pemantauan.

“Projek ini dah tiga, empat tahun… janji tiga bulan. Ni dah lima tahun dah. Batu pun lima butir, enam butir sampai bila nak siap.

“Lagipun projek ini tidak ada yang pantau. Sepatutnya projek RM7 juta kena ada mana-mana agensi yang pantau.

“Bila ada nelayan cakap mereka kata nelayan yang bodoh, ini yang susah,” katanya kepada pemberita di Kuala Kemasik, Kemaman semalam.

Pembinaan benteng pemecah ombak itu dirancang dan diluluskan pembinaannya oleh kerajaan BN namun selepas kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Pas tetap mahu meneruskannya.

Advertisements

Bagaimanapun, pembinaan projek berkenaan didakwa tidak mengikut rancangan asal sekali gus menyebabkan keadaan muara untuk keluar masuk bot terjejas serta membahayakan para nelayan.

Mohd Pilus Awang yang juga nelayan tempatan pula berkata, batu-batu yang diguna untuk menjadi benteng ombak telah jatuh dan menyempitkan lagi laluan bot.

Mohd Khairi Afiq Mohd Yusof bertanya khabar dengan nelayan Pantai Kemasik di Kuala Kemasik. – Foto: Edisi 9

Katanya, pada musim berombak para nelayan mengalami kesusahan untuk memasuki muara Kemasik manakala ketika air surut, mereka terpaksa menarik bot masing-masing ke luar muara.

“Kalau nak ke laut mereka terpaksa menarik bot ke luar, macam lembu tarik barang. Semua (bot) kena alih ke depan,” katanya.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik, Mohd Khairi Afiq Mohd Yusof berkata, beliau telah mendengar rungutan nelayan terbabit berhubung masalah muara yang cetek.

Katanya, beliau akan mengambil perhatian serius berhubung isu tersebut jika diberi mandat selepas 12 Ogos nanti.

“Insya-Allah sekiranya kami diberi mandat masalah ini kita akan cuba selesaikan manakala muara yang sempit ini akan kami perhatian lebih serius,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan