27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Nelayan warga Kemboja pengsan di perairan Perak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG kru bot nelayan tempatan kelas C2 warga Kemboja yang pengsan dibantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Kuala Kurau dalam kejadian yang berlaku di perairan Perak di sini Jumaat lalu.

Zon Maritim Kuala Kurau telah melaksanakan Medical Evacuation (MADEVAC) ke atas mangsa pada kedudukan 20.1 batu nautika Barat Laut Kuala Terong, Perak.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata, maklumat MEDEVAC itu diperolehi daripada Pusat Operasi (PUSOP) Maritim Negeri Perak yang berpengkalan di Lumut.

“Sebaik menerima maklumat, pasukan bot peronda Maritim Malaysia telah diatur gerak ke lokasi kejadian untuk tindakan lanjut.

Advertisements

“Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian menemukan seorang kru nelayan warga kemboja yang berada di bot nelayan tempatan kelas C2 telah pengsan.

“Mangsa Some Phea berumur 50 tahun telah dipindahkan ke bot Maritim Malaysia bagi dibawa ke jeti Bagan Panchor untuk menerima rawatan dan kemudiannya ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan lanjut,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata, Maritim Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam MADEVAC pada kali ini dan menasihati kepada semua komuniti maritim agar sentiasa mengutamakan keselamatan serta mematuhi undang-undang ketika berada di laut.

Sebarang aduan, salah laku dan insiden kecemasan yang berlaku di laut, orang ramai boleh laporkan kepada Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau di talian 05-7279919 atau MERS 999 untuk tindakan segera. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Politeknik Sultan Idris Shah pertahan gelaran FIRA Malaysia

POLITEKNIK Sultan Idris Shah (PSIS), Selangor berjaya mempertahankan kejuaraan keseluruhan Piala Federation of International Robot Soccer Association (FIRA) Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan