27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Polis nafi tahan Muhammad Sanusi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menafikan laporan berhubung penahanan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md. Nor oleh Astro Awani hari ini.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), A. Skandaguru berkata, tiada wakil PDRM sama ada dari Bukit Aman atau Kontinjen Kedah yang melakukan penahanan bagi merakam percakapan Muhammad Sanusi.

Justeru itu katanya, PDRM meminta portal Astro Awani membuat permohonan maaf dan menarik semula laporan berita yang disiarkan.

“Tindakan mengeluarkan berita tidak sahih boleh mendatangkan rasa panik kepada masyarakat, lebih-lebih lagi dalam senario kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) yang sedang berlangsung.

Advertisements

“Laporan polis akan dibuat bagi membolehkan siasatan dimulakan ke atas penyebaran berita palsu tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Astro Awani hari ini menyiarkan laporan bertajuk ‘PRN: Sanusi ditahan polis sekali lagi?’ di portal berita berkenaan.

Menurut sumbernya, Muhammad Sanusi telah ditahan petang tadi oleh sepasukan polis dari Bukit Aman dan sedang menunggu pengesahan berhubung tangkapan tersebut.

Bagaimanapun, Menteri Besar Kedah itu pada malam tadi tampil dalam siaran langsung di TikTok bersama Wan Muhammad Azri Wan Deris. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan