25.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Presiden Turkiye doa kejayaan gabungan perpaduan dalam PRN

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mendoakan kejayaan gabungan perpaduan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang akan belangsung pada 12 Ogos ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau mengadakan pertemuan secara maya bersama Presiden Turkiye itu, semalam.

“Malam tadi saya telah mengadakan pertemuan secara maya bersama sahabat saya Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.

“Saya turut ditemani Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Kadir.

“Sebelum kami memulakan perbincangan, Presiden Erdogan sempat mendoakan kejayaan gabungan perpaduan dalam Pilihan Raya di 6 Negeri di Malaysia.

“Saya turut menyampaikan salam Azizah serta keluarga kepada Amina dan keluarga dan keinginan untuk bersua muka dalam kesempatan terdekat,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Dalam sesi maya berkenaan, Anwar memberitahu, Presiden Erdogan memberikan komitmen jelas bahawa beliau akan berkunjung ke Malaysia dalam masa terdekat bagi memenuhi undangan untuk memperkukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara.

“Saya dan Presiden Erdogan turut bersetuju untuk bersemuka semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York bulan depan.

“Kami berdua turut berbincang terkait kerjasama pelaburan antara Malaysia-Turkiye,”katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengulangi komitmen pelaburan Malaysia Airport Holding Bhd sebanyak £200 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (ISGIA).
 
“Untuk itu, Batik Air telah terpilih sebagai operator untuk laluan KUL-ISG. Dijangka penerbangan Batik Air akan bermula pada Oktober 2023,”katanya.

Advertisements

Di samping itu, kedua-dua pemimpin negara berkenaan turut berbincang terkait kerjasama pertahanan di mana Agensi Industri Pertahanan Turkiye (SSB) telah menghantar delegasi yang besar untuk menyertai Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) baru-baru ini.

“Saya berasa kagum dengan kemajuan teknologi pertahanan Turkiye dan yakin Malaysia bakal mendapat manfaat besar hasil kerjasama erat antara Malaysia – Turkiye. 

“Sayugia saya bersetuju secara prinsip untuk memuktamadkan Memorandum Persefahaman dalam kerjasama pertahanan pada masa yang terdekat,”ujar beliau.

Untuk rekod, jumlah perdagangan dengan Turkiye pada tahun 2022 berjumlah AS$4.62 bilion (meningkat sebanyak 12.6%). Jumlah lebihan dagangan sebanyak AS$3.33 bilion kerana Turkiye mengimport minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit.

Dalam masa sama, katanya, beliau juga menyatakan pendirian tegas Kerajaan Perpaduan yang menolak sebarang unsur keganasan serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam keganasan di negara ini.

“Saya juga menggunakan kesempatan ini untuk maklumkan kepada Presiden Erdogan terkait usaha Malaysia menentang Islamophobia (permusuhan dan benci ke atas islam) iaitu tindakan membakar Al-Quran di Sweden.

“Saya mengecam sekerasnya tindakan tersebut yang berlindung di sebalik hak kebebasan bersuara yang diagungkan oleh Barat.

“Lantaran itu Malaysia menzahirkan komitmen untuk menyumbang satu juta naskhah Al-Quran di seluruh dunia termasuk 15,000 naskhah dengan terjemahan dalam bahasa Sweden sebagai salah satu usaha untuk menangani kedangkalan pemahaman Barat terhadap Islam.

“Dan akhir sekali, saya turut sampaikan salam anak-anak pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang yang saya temui petang semalam dalam program Temu Anwar kepada Presiden Erdogan,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan