30.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Jadikan Kemasik teras kebangkitan BN di Terengganu

Mesti Baca

BARISAN Nasional (BN) perlu memastikan kemenangan calon mereka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik kerana ia boleh menjadi teras kebangkitan parti di seluruh negeri.

Perkara itu dinyatakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Kemaman, Muhammad Adhwa’ Hazziq Arsad dalam siri ceramah Jelajah Atas Tong di Pengkalan Ranggon, Kerteh malam tadi.

Ini kerana menurut beliau, DUN Kemasik merupakan salah satu DUN yang tidak pernah tewas sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Katanya, dengan menampilkan calon muda, Mohd Khairi Afiq Mohd Yusof yang baharu berusia 37 tahun, BN mempunyai peluang untuk merampas kerusi tersebut daripada Pas.

“Tugas besar untuk kita memenangkan kembali Barisan Nasional di Terengganu. Kalau kita nak menang di Terengganu, jadikan Kemasik ini sebagai teras kebangkitan kita.

“Menangkan UMNO, Barisan Nasional di Kemasik. Menangkan calon kita, Insya-Allah jika kita menang pilihan raya kali ini rakyat akan terbela, negeri kita akan terbela,” katanya di hadapan kira-kira 200 penyokong dan pengundi itu.

Hadir sama Naib Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Razani Abd Rauf dan Khairi Afiq sendiri.

Advertisements

Dalam pada itu, Adhwa’ Hazziq menggesa para pengundi agar tidak gentar dengan sentiman kononnya Melayu dan Islam terancam kerana adanya DAP dalam Kerajaan Perpaduan.

Lebih-lebih katanya, parti itu tidak bertanding dalam PRN Terengganu dan jika pun BN memenangi pilihan raya ini, DAP tidak mungkin diangkat sebagai Menteri Besar atau Exco Kerajaan Negeri.

“Ini hanyalah satu sentimen bangsat yang dimainkan untuk menakut-nakutkan pengundi. Perkara ini menjadi pemecah-belah kepada rakyat.

“Dalam keadaan kita nak menstabilkan keadaan sosial, ekonomi dan keharmonian rakyat, mereka yang menjadi duri yang merengangkan dan mencucuk api perkauman,” katanya.

Sementara itu, Razani berkata, memilih kerajaan negeri yang selari dengan kerajaan Pusat amat penting kerana dapat melancarkan proses pentadbiran.

Katanya, tanpa adanya hubungan baik antara Pusat dan negeri, sudah tentu rakyat di Terengganu akan rugi kerana projek-projek pembangunan dari Persekutuan tidak dibawa ke sini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sejauh mana kebebasan universiti dimanfaatkan mahasiswa?

Oleh DR ABDUL MUQIT MUHAMAMMAD KEBEBASAN akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat universiti. Tanpa kebebasan akademik, masyarakat universiti tidak akan...

Lagi Artikel Berkaitan