28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Zahirah teruja kongsi gaya hidup sihat dengan masyarakat

Mesti Baca

SENTIASA mengamalkan gaya hidup sihat di sebalik jadual yang padat memberi peluang kepada pelakon cantik, Zahirah Macwilson menjadi duta Quaker Malaysia.

Zahirah, 28, berkata, sebagai peminat setia dan pengguna produk Quaker sejak sekian lama, dia sentiasa menggabungkan Quaker dalam pelan makanan hariannya.

“Saya begitu menggemari oat, dan Quaker sejak dahulu lagi dan makanan ini menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian saya.

“Variasi produknya yang pelbagai memberikan perubahan yang ketara kepada saya.  

“Sama ada saya memerlukan hidangan sarapan segera, sesuatu untuk dipadankan dengan hidangan saya, rangsangan nutrisi, manisan atau sesuatu yang dapat memberikan tenaga yang berterusan untuk memastikan saya kekal aktif, Quaker adalah keperluang yang saya harapkan.

“Selain itu, ciri serba guna produk yang ditawarkan membolehkan saya mencuba pelbagai resipi berbeza dan memberi saya pengalaman yang menarik.

Advertisements

“Saya tidak sabar untuk berkongsi kegembiraan ini dan menikmati manfaat oat bersama-sama rakyat Malaysia sebagai Duta Jenama Quaker,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran PepsiCo Malaysia, Debra Deyvitah berkata, Quaker Oats ialah bijirin hebat yang bekerja keras untuk menyuburkan dan membina badan yang kuat menerusi pelbagai manfaat seperti kepadatan nutrien, tenaga yang berpanjangan, kesihatan jantung dan penghadaman.

Pihaknya memahami adakalanya situasi dalam kehidupan seharian boleh menghalang pembinaan tubuh dan minda kuat yang diperlukan untuk berkembang.

“Kami percaya bahawa hal ini tidak sepatutnya menghalang kita daripada mengambil pemakanan yang sihat.

“Dengan gaya hidup dan pemakanan yang sihat diamalkan olehnya, kami begitu teruja menjalin kerjasama dengan Zahirah dan melantiknya sebagai Duta Jenama kami di Malaysia,” katanya.

Debra berkata, menerusi kerjasama ini pihaknya berharap untuk terus memperkasakan rakyat Malaysia bagi menjalani kehidupan yang lebih berkualiti dengan menerima kebaikan Quaker. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Fahmi kecam Meta turunkan bahan Anwar jumpa pemimpin Hamas

KERAJAAN Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan Meta menurunkan bahan yang dimuat naik oleh media tertentu ke media sosial berhubung pertemuan...

Lagi Artikel Berkaitan