29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Rokok seludup bernilai RM473,220 dirampas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEJUMLAH rokok seludup bernilai RM473,220 berjaya dirampas Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) ketika terserempak dengan sekumpulan lelaki yang mencurigakan di Kampung Kubang Dapat, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, rampasan dilakukan sepasukan anggota ketika melakukan rondaan di tepi jalan kawasan lapang di lokasi tersebut pada 1.30 pagi.

“Anggota PGA8 terserempak dengan beberapa lelaki yang sedang memunggah bungkusan plastik berwarna hitam dari sebuah kereta ke sebuah lori, namun mereka (beberapa lelaki) melarikan diri semasa dihampiri.

“Pemeriksaan kemudian menemukan 31 kotak mengandungi 2,151 karton pelbagai jenis rokok putih disyaki diseludup dari negara jiran,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, anggota PGA8 merampas kereta jenis Toyota Unser dan sebuah lori bonded jenis Isuzu berkenaan untuk siasatan lanjut.

Menurut Kama Azural, pemeriksaan mendapati kereta itu milik individu beralamat di Kampung Bendang Pak Yong, Tumpat manakala lori didaftarkan atas nama syarikat yang beralamat di Jalan Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Katanya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menjalankan kegiatan penyeludupan dan pengedaran rokok seludup. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan